Pages

Thursday 14 November 2013

Seni Yang Merosakkan?

Baru-baru ini di Johor seorang pelukis mural grafitti, Ernest Zacharevic telah melukis imej kartun pada dinding sebuah bangunan, seorang wanita yang sedang berjalan dan seorang lelaki sedang menunggu disebalik lorong untuk merompaknya. Lukisan yang ringkas tetapi kreatif, menarik dan menyampaikan mesej.



    Image by Ernest Zacharevic Facebook pic

Lukisan ini mendapat kritikan sesetengah orang yang melihatnya secara negatif, yang mendakwa ianya mencerminkan keadaan bandaraya Johor yang 'tidak selamat'. Kepada yang melihatnya secara positif ianya menimbulkan kesedaran dan meningkatkan kewaspadaan dalam masyarakat.

Lebih menarik lagi setelah lukisan ini menimbulkan pelbagai reaksi positif dan negarif, selang tidak beberapa lama, di dinding yang sama, seseorang individu yang tidak kenali telah melukis gambar seorang polis sedang bersedia untuk menangkap lelaki yang ingin melakukan rompakan tersebut.


Ini menjadikan 'cerita' mural ini lebih menarik dan menunjukkan kreativiti rakyat untuk 'meneutral' serta menangani masalah, tanpa merosakkan dan menyakitkan hati mana-mana pihak.




    IMAGE By JOANNA PRISCO via GOOD MORNING AMERICA

Dan seperti biasa, pihak berkuasa tempatan yang sentiasa 'bertindak mengikut buku', pantas dengan komitmen yang tinggi berkhidmat untuk rakyat, telah mengecat hasil kreativiti diatas diatas dengan cat putih. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat sekitar yang 'kurang kreatif'.




















 Image by What's Happening In Johore? Facebook page



Saya tidak mahu komen tentang tindakan kreatif Ernest melukis diatas dinding, dan kecekapan tindakan pihak berkuasa tempatan. Cuma yang membingungkan, kenapa dalam perkara seperti ini cepat sahaja pihak berkuasa ingin menguatkuasakan undang-undang, tetapi tiada tindakan berkesan diambil keatas kegiatan menampal pelekat-pelekat perkhidmatan along dan menjual alat-alat serta perkhidmatan berunsur seks.

Malaysia boleh. Mungkin Ernest perlu menukar profesion dari pelukis kepada penampal 'sticker' along. Lebih selamat untuk berkarya dimana sahaja tanpa gangguan - dinding awam, pintu rumah kedai, papan tanda jalan, tiang elektrik dan banyak tempat mengikut kreativiti.


P.S. - Seorang ibu tunggal yang berpelajaran rendah dan mengalami masalah kesihatan (reput tulang) pernah meluahkan perasaan kepada kami, bagaimana sukarnya untuk memohon bantuan dari pusat zakat kerana birokrasi - proses, borang, ego pegawai, sehingga beliau merasa sangat putus ada ditambah lagi dengan masalah kehidupan yang sedia ada. Seringkali dalam kita ingin melaksanakan tugas 'mengikut buku', kita terlupa nilai-nilai kemanusiaan :(



No comments:

Post a Comment