Pages

Saturday 9 November 2013

Saya Hendak Francais. Bolehkah saya..

Usahawan: "Saya hendak francaiskan bisnes saya dengan segera"

Perunding: "Kenapa  tuan hendak francais? Apa yang hendak tuan capai setelah bisnes tuan difrancaiskan"

Usahawan: "Saya tidak tahu sangat tentang sistem francais ni. Saya cuma nak francais sebab saya dengar boleh dapat geran mudah untuk bisnes francais. Kalau loan kena bayar semula. Lagi pun saya dengar bila jadi francaisor, saya boleh buat duit secara mudah dari usahawan lain (francaisi)"

Perunding: "Tapi apa tujuan sebenar tuan nak francais?"

Usahawan: "Bukankah saya dah cakap tadi, saya nak buat duitlah!"

Perunding: "Hmmm..ok. Tapi tuan perlu menyediakan bisnes tuan dengan sistem francais, dan kemudian daftar kementerian sebagai francaisor terlebih dahulu. Tuan perlu invest untuk mendokumentasi sistem operasi, daftarkan harta intelek, sediakan laporan audit syarikat dan beberapa perkara lain lagi."

Usahawan: "Kenapa saya perlu keluarkan duit. Bukankah kerajaan patut sediakan bantuan untuk bisnes bumiputera yang hendak menjadi francaisor. Kalau semua usahawan kena keluar duit sendiri, bila orang melayu nak maju dalam industri francais?"

Perunding: "Tapi bisnes tuan dah besar. Jualan tahunan sahaja dah cecah lebih RM5 juta. Tentu tuan berkemampuan untuk melabur dan bangunkan bisnes tuan sebagai francais dengan lebih cepat, tanpa perlu tunggu bantuan kerajaan"

Usahawan: "Betul. Memang bisnes saya besar. Tapi selama ini saya berjaya atas usaha saya sendiri. Saya tak pernah minta duit kerajaan. Tapi sebab sekarang kerajaan dah galakkan bumiputera ceburi francais, kerajaan perlulah bantu usahawan yang telah berjaya seperti saya. Betul tak pandangan saya?"

Perunding: "Saya hormati pandangan tuan"

Usahawan: "So, bagaimana? Bila saya boleh francaiskan bisnes saya?"

Perunding: "Bisnes tuan ada potensi untuk difrancaiskan, tapi perlu dillihat juga kesediaan tuan sebagai francaisor yang perlu membimbing bakal usahawan (francaisi). Hmmm...nanti saya fikir-fikirkan"

No comments:

Post a Comment